fbpx

Sungai Golok lepasi paras bahaya, 37 mangsa banjir dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memantau keadaan banjir yang berlaku di kawasan rumah penduduk di Kampung Tersang, Gua Musang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Seramai 37 mangsa banjir daripada 10 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh di sini hari ini selepas paras air Sungai Golok melepasi tahap bahaya iaitu 9.3 meter.

Keadaan itu menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Gual To’Deh dan Bendang Perol dinaiki air manakala penduduk di Kampung Tersang pula berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk berpindah berikutan air semakin naik.

Seorang mangsa banjir dari Kampung Gual To’ Deh, Zainuri Sukini, 42, berkata, bahagian dalam rumahnya dinaiki air setinggi 0.1 meter manakala di luar rumah pula 5 meter.

“Saya sudah berpindah ke PPS sebanyak dua kali pada musim tengkujuh hujung tahun ini. Meskipun paras banjir masih rendah, saya mengambil keputusan untuk berpindah awal.

“Semua dokumen penting sudah disimpan ditempat selamat,” katanya ditemui Kosmo! di PPS SK To’ Deh di sini hari ini.

Sementara itu, Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ahmad Nazarudin Mat Hussin berkata, paras air Sungai Golok ketika ini menunjukkan peningkatan sehingga tiga buah kampung itu dilanda bah.

“Orang ramai terutamanya penduduk Rantau Panjang dinasihatkan agar membuat persiapan awal dan berpindah segera jika paras air semakin meningkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI