fbpx

Dua lelaki hilang dikhuatiri lemas di Pantai Chenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan kerja mencari dan menyelamat dua lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Chenang, Langkawi.

LANGKAWI – Dua lelaki hilang dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti pantai di Pantai Chenang di sini petang tadi.

Ketua Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden itu melalui panggilan pada pukul 7.38 petang.

Menurutnya, sebuah jentera penyelamat bomba bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya komander operasi di lokasi didapati mangsa terlibat adalah tiga lelaki dan seorang daripadanya telah diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pantai Chenang, manakala dua lagi masih hilang.

“Tindakan operasi, pasukan menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah surface searching oleh anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa yang hilang berusia 22 dan 26 tahun, manakala mangsa yang telah diselamatkan berusia 26 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI