fbpx

Bapa cari kereta wira terpakai, ramai hulur bantuan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang bapa yang mencari sebuah kereta terpakai untuk dibeli telah mendapat perhatian ramai sehingga diberikan kereta secara percuma.

PETALING JAYA – Seorang bapa yang menggunakan akaun Facebook, Apit Abby memuat naik hantaran meminta tolong orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai jualan kereta terpakai kepadanya.

Menurut lelaki tersebut, sebelum ini, dia dan keluarga pernah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kereta miliknya rosak sepenuhnya.

Sehubungan itu, pemilik akaun tersebut ingin mencari sebuah kereta jenis Proton Wira dengan anggaran kos sekitar RM3,000.

Melihat kepada hantaran tersebut di kumpulan Facebook, Jual Beli Kereta Wira Bawah RM4,500, ramai individu tampil menghulurkan bantuan.

Lebih menyentuh hati, bantuan tersebut adalah secara percuma termasuk memberi sebuah kereta terpakai kepada keluarga berkenaan.

“Abang dekat mana, mari datang Port Dickson. Saya beri kereta, saya baru beli untuk buat niaga, tapi saya nak bagi pada abang.

“Buruk sikit, tapi enjin baik lagi, lepas cat terus ‘okay’ dah ini. Boleh la sementara abang nak bawa anak-anak jalan, kereta boleh tukar nama,” balas Mohd. Afizal Bakhtiar di ruang komen.

Tawaran Mohd. Afizal kemudiannya diterima baik oleh lelaki tersebut.

“Alhamdulillah, selesai bagi kereta bagi pemilik. Semoga dipermudahkan urusan beliau,” katanya lagi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nabil Zhafran Mf menawarkan perkhidmatan mengecat kereta secara percuma kepada lelaki tersebut dan katanya ia sebagai ‘saham akhirat’ yang ingin dilakukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI