fbpx

Projek tebatan banjir perlu disegerakan, tertangguh lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu khas sempena pelancaran projek di bawah SASuD di Taman Sri Muda hari ini.

SHAH ALAM – Projek tebatan banjir di negeri ini perlu diteruskan dan disegerakan memandangkan ia tertangguh sejak lima tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim.

Menurut beliau, projek tebatan banjir itu dicadangkan kerajaan negeri pada 2018 sebelum bah besar di beberapa kawasan di Selangor pada tahun lalu.

“Setelah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dua tahun lalu, projek tebatan banjir turut ‘jatuh’ (tidak diteruskan) dan tidak lagi menjadi keutamaan.

“Bukan kita hendak bermain politik, tetapi itu hakikatnya. Projek ini penting dan kritikal sdan tertangguh sejak lima tahun lalu,” katanya demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) di Taman Sri Muda di sini hari ini.

Sehubungan itu, Izham berkata, pihaknya berharap penangguhan projek tebatan banjir berikutan kerajaan mahu meneliti semula projek bernilai RM7 bilion itu tidak memakan masa yang lama.

Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dan sentiasa terbuka semua projek tebatan banjir diteliti semula memandangkan kebanyakan projek diadakan di negeri ini.

“Saya tidak kisah projek ini diteliti daripada aspek perolehan, namun saya telah memberi peringatan kepada menteri untuk ia diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI