fbpx

Ops Tapis Khas: 518 ditahan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri menunjukkan sarang penagih dadah yang dikenal pasti dalam Ops Tapis Khas di negeri ini pada sidang akhbar di IPK Ipoh hari ini. FOTO LIYANA RAMLI

IPOH – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya memberkas 518 orang dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan dari Selasa hingga semalam, di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek terdiri daripada 510 lelaki dan lapan perempuan.

“Suspek yang ditangkap dalam lingkungan umur 16 hingga 70 tahun merupakan 21 warganegara asing daripada Myanmar, Indonesia, Thailand dan India,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Perak (IPK) di sini, hari ini.

Menurutnya, JSJN berjaya mengenal pasti tujuh orang penagih dadah tegar di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman di antara lima hingga tujuh tahun penjara dan tidak lebih daripada tiga sebatan jika disabitkan kesalahan.

Katanya, Ops Tapis Khas pada kali ini tertumpu kepada sarang-sarang penagih dadah seperti Skim Felda, ladang swasta, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jeti Nelayan dan lain-lain.

“Sepanjang tempoh tiga hari operasi berlangsung polis Perak telah beriaya membuat serbuan di 22 sarang penagih dadah, di negeri ini.

“Daripada keseluruhan tangkapan tersebut, seramai 64 orang telah ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah manakala 119 orang bagi kesalahan memiliki dadah,” katanya.

Mohd. Yusri berkata, seramai 319 orang penagih telah disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dadah dalam operasi tersebut kira-kira RM3.52 juta melibatkan dadah jenis heroin, syabu, ganja, daun ketum, cecair ketum dan cecair kodein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI