fbpx

MKT UMNO pecat dua ketua wanita dan seorang ketua bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

KUALA LUMPUR – Dua ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian UMNO dipecat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada mereka.

Mendedahkan perkara itu, Ahli MKT, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat selepas ketiga-tiga mereka didakwa mencela parti termasuk Presiden UMNO.

Bagaimanapun, Mohd. Puad tidak mendedahkan terperinci individu yang dikenakan tindakan tersebut, namun hanya memaklumkan mereka bukan daripada MKT.

“Ada dipecat, ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang, dua daripadanya ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen untuk pihak lawan,”katanya selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, MKT meminta parti bertindak tegas kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi juga kepada Presiden parti.

Terdahulu, dalam mesyuarat MKT yang berlangsung lebih dua jam itu, dua naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Difahamkan, Ismail Sabri tidak menghadiri mesyuarat MKT kerana perlu menghadiri program lain, manakala Mahdzir tidak dapat dipastikan kenapa beliau tidak hadir malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI