fbpx

Hujan lebat di 10 negeri sehingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 buah negeri sehingga lewat petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, negeri-negeri yang dijangka terlibat membabitkan negeri Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Amaran cuaca buruk dijangka meliputi kawasan di negeri Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Selain itu, amaran sama turut dijangka melanda di beberapa kawasan di Sarawak yang meliputi kawasan Kuching, Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

“Bagi Sabah pula, membabitkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Tongod),” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, orang awam juga boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI