fbpx

Bos LVMH rampas ‘takhta’ Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk (kiri) jatuh ke tempat kedua dalam ranking manusia terkaya di dunia dengan ditewaskan oleh Arnault (kanan). – AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pengasas Tesla, Elon Musk jatuh seketika daripada kedudukan  sebagai manusia terkaya di dunia kelmarin selepas ditewaskan pewaris kumpulan jenama fesyen mewah terkemuka dunia, Bernard Arnault, yang memiliki syarikat LVMH, lapor saluran berita Channel News Asia.

Berikutan situasi pasaran saham syarikat berkaitan teknologi di Amerika Syarikat  yang merosot disebabkan kebimbangan mengenai kadar faedah dan kegawatan ekonomi, nilai kekayaan milik Musk jatuh seketika di belakang keluarga Arnault.

Namun, sekitar pukul 5.30 petang (waktu Greenwich), pengasas syarikat aeroangkasa, SpaceX itu kembali menduduki kedudukan teratas dengan nilai kekayaan sebanyak AS$184.9 bilion (RM813.5 bilion).

Ia diikuti dengan Arnault dan keluarganya di tempat kedua. Mereka memiliki kekayaan berjumlah  AS$184.7 bilion (RM812.6 bilion).

Sementara itu, ahli perniagaan dari India, Gautam Adani berada di tempat ketiga dengan nilai kekayaan AS$134.8 bilion (RM593 bilion),  diikuti pengasas Amazon, Jeff Bezos yang mempunyai aset mencecah AS$111.3 bilion (RM489.7 bilion).

Pada 2021, Arnault pernah beberapa kali berada di tempat teratas dalam senarai Indeks Bilionair Forbes.

Kumpulan LVMH miliknya, yang memiliki berpuluh-puluh jenama mewah termasuk Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo, terus mencatatkan perolehan kukuh serta pertumbuhan keuntungan meskipun di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Dalam pada itu, satu lagi senarai manusia terkaya di dunia yang dikumpulkan oleh penyedia data kewangan Bloomberg turut menunjukkan Musk dan Arnault bersaing sengit.

Berdasarkan ranking Bloomberg yang dipaparkan selepas pasaran saham AS ditutup Selasa lalu, Musk mendahului senarai dengan nilai kekayaan AS$178.9 bilion (RM787 bilion), diikuti dengan Arnault sebanyak AS$165.1 bilion (RM726.3 bilion). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI