fbpx

Annuar Musa kunci mulut isu dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (kanan) disambut oleh penyokongnya semasa tiba di LTSIP, Pengkalan Chepa sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen mengenai berita yang mengatakan beliau dipecat sebagai ahli UMNO oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, semalam.

Annuar mengambil pendekatan tersebut ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba dari ibu negara di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini, sebentar tadi.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai kesahihan berita itu sekadar tersenyum dan enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tiada komen. Tidak dengar apa-apa berita,” katanya ringkas sambil beredar meninggalkan sekumpulan pemberita sebelum menaiki kenderaan peribadinya.

Sebelum ini, Annuar dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terutamanya berkaitan pembentukan jajaran baru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam Mesyuarat MKT UMNO malam tadi, Annuar dan dua lagi pemimpin akar umbi dikatakan telah dipecat iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Pada bulan lalu, Shamsiah dan Fatimah digantung sementara daripada semua jawatan atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Susulan daripada berita pemecatan Annuar sebagai ahli UMNO, beliau memuat naik status di Facebook dengan menyifatkan UMNO kini diibaratkan sebuah rumah pusaka yang sedang terbakar hingga menyebabkan ramai penghuninya lari.

Tulisnya, bagaimanapun mereka yang berusaha memadam kebakaran ditarik keluar daripada api yang sedang memusnahkan itu.

Annuar juga memberi isyarat terhadap kekecewaan itu sambil berkongsi gambar membantu kempen BN pada PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI