fbpx

Amaran cuaca buruk di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur, pagi tadi.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Amaran hujan berterusan (buruk) dijangka melanda beberapa kawasan di Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan (Tumpat,Pasir Mas, Kota Bahru, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin) dan Terengganu.

“Dalam pada itu, amaran hujan berterusan kategori waspada dijangka membabitkan kawasan Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan (Jeli dan Gua Musang) dan Pahang (Jerantut dan Maran) turut dikemaskini untuk tempoh sehingga esok (10 Disember),“ jelasnya menerusi satu hantaran pagi tadi.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI