fbpx

Perkataan ‘wordle’ paling banyak dicari di Google tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permainan meneka huruf yang dikenali sebagai wordle paling banyak dicari di enjin carian Google pada tahun ini. - Foto Getty Images/SOPA Images/LightRocket

NEW YORK –  Google mendedahkan bahawa perkataan Wordle adalah yang paling dicari oleh pengguna-pengguna enjin carian itu di internet pada tahun ini, lapor saluran berita CNN semalam.

Wordle ialah permainan bagi mencari perkataan yang sesuai untuk mengisi lima petak huruf dan ia mengalahkan banyak topik berita seperti keputusan pilihan raya dan aktres Hollywood, mendiang Betty White, Queen Elizabeth dan Ukraine.

Ia ialah permainan online popular yang memberikan pemain enam peluang untuk meneka perkataan lima huruf pada setiap hari dan ia merupakan satu tugas sukar sehingga mendorong orang ramai mencari petua untuk mendapatkan jawapannya.

Josh Wardle iaitu seorang jurutera perisian  berpangkalan di Brooklyn dan pernah berkhidmat di laman perbincangan berita Reddit,  bertanggung jawab mencipta permainan itu pada Oktober 2021.

Ia kemudian dengan cepat menjadi satu fenomena budaya sehinggakan akhbar New York Times membeli Wordle pada Februari 2022 untuk meningkatkan perniagaan langganan permainannya dan menarik pelanggan baharu.

Pada Julai lalu, New York Times bekerjasama dengan konglomerat Hasbro untuk menjadikan Wordle sebagai satu permainan yang membolehkan saluran berita itu mengekalkan penonton sedia ada dan juga memperkenalkannya kepada semua khalayak baharu, kata Jonathan Knight iaitu Ketua Permainan akhbar tersebut sebelum ini kepada CNN. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI