fbpx

Kopi Wonda ajak peminat cipta rekod video timbang bola terpanjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kopi Wonda menyeru semua peminat bola sepak supaya mengambil bahagian dalam kempen #WONDA­BolaCorner untuk mencipta video timbang bola sepak terpanjang, The Largest Online Video Chain of People Perfor­ming Football Kick-up untuk Guinness World Records.

Peserta hanya perlu me­rakamkan video menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkannya, dan menghantar video masing-masing ke laman Facebook dan Instagram Kopi WONDA.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan berkata, Kopi Wonda berbangga kerana dapat menyatukan negara dalam peluang sekali seumur hidup, dengan matlamat bersama untuk memecahkan rekod dunia dan menyemarakkan rasa cinta mereka terhadap sukan bola sepak.

Jelas beliau, beberapa pemain bola sepak terkenal negara se­perti Mohd. Faiz Subri, Safiq Rahim dan Steffi Sidhu serta ramai lagi akan memulakan gerakan timbang bola tersebut sebagai motivasi kepada rakyat untuk turut serta dalam keterujaan memecahkan rekod tersebut.

“Selain menyatukan rakyat Malaysia dalam satu video, akti­viti ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat, aksi dan kemahiran masing-masing.

“Melalui tayangan video tersebut, anda mungkin akan melihat kelibat diri anda di papan iklan atau media sosial kami, jadi ja­ngan lepaskan peluang ini,” katanya dalam satu kenyataan ­semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI