fbpx
Gambar hiasan.

Bekas calon bebas antara ditahan menembak tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga bekas calon bebas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama seorsng lelaki ditahan selepas memuat naik video melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan diterima pihaknya sekitar pukul 6.53 petang semalam berkenaan video tersebut.

“Siasatan mendapati klip video melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor itu dimuat naik di TikTok dan Instagram milik suspek.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki dan perempuan tempatan masing-masing berusia 28 dan 41 tahun di sekitar Petaling Jaya, pada pukul 10.20 malam, semalam” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran penahanan suspek, polis turut merampas sepucuk pistol dan kelopak peluru jenis Glock 19, 12 butir peluru hidup, kad Persatuan Menembak Selangor dan sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Ku Mashariman berkata, kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 8(A), 8(B) dan 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR