fbpx

Amaran hujan lebat berterusan sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga 14 Disember depan.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka tertumpu di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung sehingga ahad ini.

“Katanya, sehubungan itu, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan-kawasan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

“Susulan itu, MetMalaysia masih mengekalkan Amaran Hujan Berterusan Peringkat Waspada yang melibatkan negeri Kelantan dan Terangganu yang telah berkuatkuasa sehingga hari esok (9 Disember 2022).

Rentetan itu, orang awam di kawasan terbabit terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan rendah serta kawasan yang kerap dilanda banjir adalah dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Dalam pada itu, orang awam turut disarankan bagi sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI