fbpx
Gambar hiasan.

8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor, hari ini.

Menurut hantarannya di Facebook, Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat serta kawasan sekitarnya), Daerah Hilir Perak (Changkat Jong serta kawasan sekitarnya).

“Diikuti dengan Daerah Perak Tengah (Pasir Salak, Pasir Panjang Hulu, serta kawasan sekitarnya).

“Sementara itu, di Selangor melibatkan Daerah Klang (Pekan Kapar dan kawasan sekitarnya), Daerah Hulu Langat (Hulu Langat dan kawasan sekitarnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak terkecuali juga, Daerah Kuala Langat (Pekan Jenjarom, Kelanang dan kawasan sekitarnya), Daerah Kuala Selangor (Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya) serta Daerah Petaling (Petaling, Pekan Serdang serta kawasan sekitarnya). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI