fbpx

Song Joong-ki enggan dilahirkan semula jadi orang kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM drama Reborn Rich yang sedang mencatat trending dalam kalangan peminat naskhah K-Drama, Song Joong-ki menjayakan dua watak berbeza.

SINGAPURA – “Saya tidak mahu dilahirkan semula sebagai orang kaya, saya suka diri saya sekarang.”

Demikian kata-kata aktor terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki yang diterbangkan ke Resort World Sentosa (RWS) sempena sidang akhbar bagi mempromosikan drama bersiri terbaharunya, Reborn Rich, di sini, petang tadi.

Menerusi drama 16 episod siaran Viu Original tersebut, Joong-ki membawakan dua watak berbeza yang berkisar pembalasan dendam seorang lelaki atas pembunuhan dirinya.

Katanya, timbul keinsafan mengenai sifat tamak apabila membabitkan harta sebaik dia diberi peluang menghayati kedua-dua karakter utama drama tersebut selain memahami plot ceritanya.

“Sejujurnya saya enggan dilahirkan dalam keluarga begitu. Selepas membintangi Reborn Rich, saya baru sedar konflik besar sesetengah keluarga tercetus akibat wang.

“Saya selesa bersederhana. Saya tahu manusia suka dan perlukan wang tetapi duit bukan perkara terpenting dalam kehidupan ini,” katanya pada sidang akhbar yang disertai 80 wakil media dari seluruh rantau Asia Tenggara.

PEMINAT sanggup menunggu seawal pukul 7 pagi biarpun Song Joong-ki dijadualkan muncul sekitar pukul 2 petang tadi di Resort World Sentosa, Singapura. Foto – VIU

Terdahulu, kehadiran bintang pujaan ramai itu di ruang terbuka RWS disambut sekitar 300 peminat yang setia menunggunya seawal pukul 7 pagi semata-mata mahu berada di tempat paling strategik.

Memperuntukkan masa sejam pada sesi terbuka tersebut, ramai wakil media yang pernah mewawancaranya kagum dengan kefasihan Joong-ki membalas soalan dengan berbahasa Inggeris sepenuhnya.

Usai sidang akhbar tamat, aktor kacak pujaan ramai itu terus menuju ke arah peminat yang sedari awal berteriak saranghae atau saya cinta awak.

Biarpun sesi tersebut tiada dalam jadual ditetapkan, Joong-ki enggan menghampakan penggemar tegar selain mengambil peluang bersalaman dan menandatangani poster Reborn Rich.

Kali terakhir dia datang ke Singapura sekitar lima tahun lalu bagi mempromosikan filem The Battleship Island. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI