fbpx

Mekanik maut dihempap trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa selepas dihempap trak pikap yang dipandunya di ladang kelapa sawit di Felda Chiku 2, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang mekanik maut selepas dihempap sebuah trak pikap yang dipandunya dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Chiku 2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Noor Asmawi Mat @ Mohd. Nor, 37, dari Felda Chiku 2 maut di tempat kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang mencuba sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dibaikinya di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit dan terbalik ke arah kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan dihempap trak pikap tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI