fbpx

Lelaki warga emas korban terbaharu rabies di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Lelaki warga emas menjadi korban terbaharu rabies di Sarawak, sekaligus merekodkan kes kematian yang kesebelas setakat tahun ini.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata mangsa berusia 60 tahun itu meninggal dunia pada 5 Disember lalu pada pukul 11.41 pagi di Hospital Sibu.

“Mangsa telah disahkan rabies melalui ujian makmal dan didiagnosa sebagai rabies encephalitis.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Dr Ooi berkata mangsa dilaporkan mengalami gejala jangkitan rabies bermula pada 26 November lalu.

Katanya dia telah pergi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pada 1 Disember, apabila gejala bertambah teruk termasuk kesukaran menelan makan dan minum, sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata mangsa tidak mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh anjing, namun pernah mengendalikan bangkai anjing pada Oktober 2022.

Tambah beliau, setakat 6 Disember, Sarawak telah merekodkan 14 kes rabies dalam kalangan manusia, termasuk 11 kes kematian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI