fbpx

Lebih 2,000 video disekat TikTok sepanjang PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Komunikasi Digital di Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Sebanyak 2,113 kandungan telah disekat pihak pentadbir platform perkongsian video sosial popular, TikTok sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) berlangsung baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, sebanyak 857 kandungan telah dihalang TikTok sepanjang tempoh tujuh hari sebelum PRU15.

“Sementara pada hari pengundian dalam tempoh 24 jam sahaja, sejumlah 130 kandungan dikekang manakala tujuh hari pasca PRU-15, angkanya melonjak kepada 1,126.

“Sekatan automatik itu dilaksanakan kepada kandungan tersebut kerana didapati melanggar garis panduan komuniti termasuk berbaur provokatif,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Pada masa sama, Ahmad Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyalurkan aduan kepada TikTok apabila menemui kes tertentu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI