fbpx

Komputer asli Apple-1 akan dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Komputer Apple-1 yang dilancarkan pada tahun 1976, dilelong oleh Firma RR Auction. - Foto RR Auction

BOSTON – Sebuah komputer asli Apple-1 dengan nombor stok 01-00002 yang ditulis dengan tangan oleh pengasas syarikat teknologi itu, mendiang Steve Jobs dijangka dapat dilelong pada harga AS$375,000 (RM1.64 juta), lapor MailOnline semalam.

Buat masa ini, harga bidaan komputer itu bersama semua komponen dan aksesori yang diperlukan untuknya beroperasi ialah AS$241,557 (RM1.05 juta) tetapi Firma Lelongan RR Auction menjangkakan ia akan mencecah sehingga AS$375,000.

Dilancarkan pada tahun 1976, Apple-1 merupakan produk pertama gergasi teknologi itu. Ia dijual sebagai papan litar tanpa dipasang dan tidak mempunyai ciri asas seperti papan kekunci atau monitor.

Bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan komputer Apple-1 lain, unit yang dilelong itu tidak mempunyai sebarang pengubahsuaian pada papan fizikal manakala prototaipnya adalah bersih dan dilelong oleh RR Auction, berpangkalan di Boston, Amerika Syarikat (AS).

“Aspek paling luar biasa bagi komputer Apple-1 ini ialah ia didokumenkan untuk beroperasi sepenuhnya. Sistem ini dikendalikan tanpa kesalahan selama kira-kira lapan jam dalam ujian komprehensif,” menurut firma lelongan tersebut.

Lelongan itu termasuk papan Apple-1 asal yang ditandakan oleh Jobs dengan nombor stok 01-00002 menggunakan tangannya, manakala di sebelah kiri terdapat papan timbul dengan ayat: “Apple Computer 1, Palo Alto, Ca. Copyright 1976.”

Komputer itu disahkan sebagai tulen oleh seorang pakar Apple-1, Corey Cohen yang memulihkannya kepada keadaan asal dan turut disertakan dalam lelongan tersebut ialah manual operasi Apple-1 asal, papan kekunci ASCII, monitor video Sanyo 4205 serta Kaset (ACI) Apple-1.

Lelongan itu turut disertakan bersama sepucuk surat asli hasil tulisan Jobs.

Dilancarkan pada tahun 1976, Apple-1 merupakan produk pertama yang menggunakan nama Apple dan dihasilkan oleh Jobs serta rakannya, Steve Wozniak manakala kira-kira 175 buah komputer tersebut telah dijual dengan harga AS$666.66 (RM2,920).

Jobs yang pernah menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple meninggal dunia pada Oktober 2011 di Palo Alto ketika berusia 56 tahun selepas bertarung melawan kanser pankreas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN