fbpx

Kastam rampas 35.5 kg ganja dalam bengkel kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ketulan mampat ganja yang ditemui di dalam pikap sebuah bengkel dekat Changlun, Ahad lalu.

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35 ketulan mampat dadah disyaki ganja di sebuah bengkel kereta di pekan Changlun, dekat sini pada Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu, JKDM turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an.

Pengarahnya, Nor Izah Abd. Latif berkata, serbuan dilakukan anggota kastam Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar hasil maklumat risikan dan pemantauan rapi selama dua minggu.

“Pemeriksaan menemui ganja seberat 35.5 kilogram (kg) itu di dalam empat kotak putih dalam sebuah pikap bernombor pendaftaran negara jiran. Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM142,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman sehingga 9 Disember ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI