fbpx

Wanita Orang Asli maut dipijak kawanan gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemukan selepas dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis, awal pagi ini.

LIPIS – Seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau dekat sini pada awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul jam 4 pagi itu, menyaksikan mangsa, Wak Angkat Yok Tong, 39, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 4.40 pagi hari ini mengenai kematian seorang wanita di kampung tersebut akibat serangan gajah.

“Ketika kejadian ini, mangsa bersama lapan ahli keluarga lain sedang tidur di dalam rumah kayu dinding buluh yang kelilingi oleh pokok pisang dan berhampiran kebun getah.

“Ketika menceroboh kebun pisang di kawasan itu, kawanan gajah liar dipercayai menarik dinding rumah keluarga mangsa dan menyebabkan kediaman berkenaan bergoyang.

“Akibat tarikan serta goyangan yang kuat, kesemua sembilan ahli keluarga tersebut tersedar dan masing-masing melarikan diri dalam keadaan gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, selepas berkumpul semula, ahli keluarga berkenaan menyedari mangsa tiada dan kemudiannya berusaha mencari di persekitaran kawasan tersebut.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya ditemukan di dalam kawasan pokok pisang berhampiran rumah mereka.

Menurut Azli, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI