fbpx

Wanita, kanak-kanak nyaris maut kereta dinaiki terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dinaiki mangsa terbalik dalam kemalangan di Jalan Sempadi, Lundu, semalam.

KUCHING – Seorang wanita dan kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah kereta Proton Saga dinaiki terbabas dan terbalik dalam satu nahas kemalangan, di Jalan Sempadi, Lundu, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.35 malam dan mengerakkan tujuh orang anggota ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, Komander Operasi mendapati seorang mangsa kanak-kanak yang mengalami cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam dan terus dihantar menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke hospital.

“Bomba kemudian bertindak mengeluarkan seorang lagi mangsa wanita yang tersepit di bahagian kaki dan mengalami kecederaan pada bahu sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan yang turut sama hadir ditempat kejadian untuk dibawa ke hospital.

Operasi menyelamat tamat sekitar pukul 9.40 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI