fbpx

Rusa mainan milik anak didakwa ‘berhantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mainan yang dipercayai ‘berhantu’

PETALING JAYA – Seorang ibu terpaksa membuang rusa mainan milik anaknya yang dipercayai berhantu dan sering menganggu keluarganya ketika mereka tidur.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya @sarasaera1, dia secara umum telah menerangkan mengenai pelbagai kejadian aneh yang berlaku sejak barang mainan itu dibeli.

“Dah lama tahan, kali ini betul-betul nekad. Terlalu banyak kejadian aneh, tidak mahu percaya tetapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi, sebelum ini aku baca kisah orang sahaja tetapi kali ini terjadi pada aku sendiri,” jelas @sarasaera1

Wanita tersebut juga mendakwa bahawa terlalu banyak gangguan datang daripada mainan itu, sekali gus mengganggu emosi bukan sahaja anaknya tetapi tetamu yang datang menginap di rumahnya.

“Anak aku seolah main dengan seseorang apabila dia bermain dengan benda (mainan) ini.

“Semalam ada tetamu datang tidur di bahagian ruang tamu dan pagi ini dia memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur kerana mendengar bunyi seperti orang yang sedang berdengus marah berkali kali, dia yakin bunyi itu daripada mainan ini.

“Pagi ini aku mengambil keputusan, sini sahaja tempat kau (tong sampah), harap selepas ini kau sudah tidak mengganggu aku,” tegas @sarasaera1.

Lantaran perkongsian itu tular, majoriti besar orang ramai menzahirkan rasa seram dan terdapat juga orang ramai yang mengalami kejadian aneh yang hampir sama.

“Betul tu kakak, saya ada juga mainan binatang ni, warna merah. anak kedua saya suka main, dia suka lompat atas itu. Satu malam itu saya sedang solat di ruang tamu, saya perasan mainan duduk dekat kerusi depan pintu bilik. Seusai solat, saya tengok benda itu duduk betul2-betul di belakang, sedangkan semua anak-anak saya sudah tidur ketika itu,” @IdaHearts.

“Biasa kalau benda macam ini kena selalu main dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Nanti ada yang menumpang. Cacatkan mainan itu macam conteng-conteng sikit maksudnya,” komen @fingertouch.

Setakat ini, perkongsian seram tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 2,738 tanda suka dengan 258 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI