fbpx

Pemandu kereta bawa 158 kg daun ketum parah kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum seberat 158 kilogram yang ditemui di dalam but kereta yang dipandu suspek selepas terlibat kemalangan di Kilometer 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Seorang lelaki parah selepas kereta yang membawa muatan sebanyak 158 kilogram daun ketum dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, lelaki berusia 24 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios cedera pada kepala, dada dan kaki selepas tersepit di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu memandu kereta dan sedang perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu suspek dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Pemeriksaan lanjut di dalam but kereta yang dipandu lelaki itu telah menjumpai sebanyak 158 kilogram daun ketum.

“Siasatan mendapati kesemua daun ketum yang ditemui itu bernilai RM4,740,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, pemandu kereta jenis Honda City patah tangan kanan dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Katanya, suspek masih dirawat di hospital itu dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Tambahnya, kes disiasat memg Seksyen 43 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI