fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora di sembilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan sembilan negeri sehingga pukul 1 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia berkata, kawasan perairan yang terlibat ialah negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan juga Sabah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sabah akan berlaku di daerah Sandakan (Beluran dan Sandakan) sehingga 11 pagi hari ini.

MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada yang melibatkan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung bermula esok sehingga 9 Disember 2022.

Bertitik tolak daripada itu, MetMalaysia dalam kenyataannya menyeru orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI