fbpx

8 individu curi mural Banksy di Kiev diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mural itu menjadi simbol kekuatan Ukraine dalam menentang pencerobohan Russia. - Andrey Nebitov/Telegram

KIEV – Pihak berkuasa Ukraine menahan lapan individu yang mengalihkan lukisan mural karya artis seni Britain yang dikenali sebagai Banksy, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mural itu menjadi lambang harapan dan kekuatan Kiev dalam menentang pencerobohan Russia.

Ketua Jabatan Polis Kiev, Andrey Nebitov berkata, karya seni itu telah ‘diselamatkan’ setelah ia dialihkan dari dinding. 

Karya-karya seni Banksy boleh dijual pada harga berjuta-juta pound sterling. Siasatan kini dijalankan untuk menentukan pertuduhan yang perlu difailkan terhadap semua suspek, kata Nebitov.

Karya itu ditemui di bandar Hostomel, barat laut Kiev pada November lalu.

Ia memaparkan lukisan seorang wanita yang memakai jubah mandi dan topeng gas sambil membawa sebuah alat pemadam api berwarna merah terang. Wajahnya memandang ke arah kesan hangus yang muncul dari sebuah tingkap bangunan kuning di mana mural tersebut dilukis. 

Ketua Pentadbiran tentera wilayah Kiev, Oleksii Kuleba berkata, semua karya seni di Kiev yang dikaitkan dengan artis grafiti itu berada di bawah kawalan polis.

“Imej itu adalah simbol perjuangan kita menentang musuh. Ia mengenai sokongan dan perpaduan ditampilkan penduduk seluruh dunia yang bertamadun kepada Ukraine,” katanya.

Walaupun kumpulan itu berjaya mengalihkan mural berkenaan, karya seni itu tidak rosak dan masih terpelihara. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI