fbpx

Wanita pandu 3,000 kilometer dari India untuk sokong Lionel Messi di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najira Noushad (duduk depan) bersama lima anaknya ketika berada di Abu Dhabi sebelum tiba di Qatar baru-baru ini. - Foto Naajinoushi/Instagram

DOHA – Seorang wanita sanggup memandu kenderaan sejauh 3,000 kilometer (km) dari kampung halamannya di Kerala, selatan India ke Doha, bagi memberi sokongan kepada bintang bola sepak, Lionel Messi yang mewakili Argentina pada acara Piala Dunia Qatar 2022, lapor portal berita Leadership semalam.

Najira Noushad, memandu kenderaan utiliti sukan (SUV), Mahindra Thar dari India ke Qatar untuk menyaksikan permainan Messi dan pasukan kegemarannya itu dengan membawa lima anaknya bersama-sama barangan runcit, pelbagai peralatan, dapur memasak dan katil.

Wanita berusia 33 tahun itu memulakan perjalanannya pada 15 Oktober lalu menuju ke Mumbai melalui Coimbatore dan menaiki kapal ke Oman sebelum bergerak ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta Arab Saudi sebelum memasuki Qatar.

Najira juga sempat bergambar swafoto di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dan Muzium Masa Depan di Dubai ketika berada di UAE.

Perjalanannya itu melibatkan masa selama 49 hari dan foto-foto dan video tentang pengembaraannya terdapat pada akaun Instagramnya.

Kerajaan Qatar yang kagum dengan minatnya terhadap bola sepak mengalu-alukan kedatangannya di sempadan Abu Samra antara Arab Saudi dan Qatar selain dia menjadi tumpuan pihak media termasuk stesen televisyen untuk diwawancara.

Wanita tersebut tidak asing lagi di negara-negara Teluk kerana dia tinggal di Oman.

Dia juga telah memperoleh lesen memandu yang sah dari Oman dan digunakan di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk serta sudah biasa dengan keadaan jalan raya di rantau itu.

“Saya tinggal di Oman bersama suami dan anak-anak tetapi saya mahu memulakan pemanduan ini dari kampung halaman saya di Thalaserry di Kannur,” katanya kepada akhbar The Hindu di India. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI