fbpx

Tiada unsur perkauman – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima orang awam mencurigakan yang diperiksa pihak polis di Jalan Cenderuh Taman Bamboo, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pemeriksaan terhadap lima orang awam di Jalan Cenderuh Taman Bamboo, di sini, semalam dijalankan dengan penuh adil dan berhemat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, satu ciapan Twitter dikesan mamaparkan tangkap layar aduan seorang pengguna dipercayai kepada Ketua Polis Negara melalui aplikasi Whatsapp pada pukul 11.20 malam tadi.

Katanya, aduan tersebut berkenaan tidak berpuas hati anaknya telah diperiksa secara rambang oleh lima anggota polis sekitar pukul 10.30 malam, pada hari yang sama.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, lima anggota polis dari Balai Polis Jinjang ketika itu menjalankan rondaan cegah jenayah ternampak empat lelaki tempatan mencurigakan di tepi jalan.

“Apabila melihat ketibaan pihak polis, mereka dengan segera telah memasuki kereta masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Eng Lai, selepas memperkenalkan diri, anggota polis meminta kad pengenalan mereka untuk membuat semakan rekod jenayah.

Ketika itu, seorang daripada lelaki tersebut meminta untuk bercakap dengan peguamnya bagi tujuan pengesahan namun anggota telah menjelaskan tujuan pemeriksaan tersebut dijalankan.

“Setelah selesai pemeriksaan, kesemua mereka dibenarkan beredar dari lokasi selepas tidak menemui sebarang kesalahan dari pemeriksaan yang dijalankan.

“Adalah ditegaskan bahawa pemeriksaan atas individu atau kenderaan yang mencurigakan adalah tugas utama polis bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin,” katanya.

Tegas Eng Lai, polis sentiasa berhemah dan bersikap adil dalam melaksanakan tugas pencegahan jenayah dengan tidak mengamalkan sebarang unsur perkauman. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI