fbpx

Piala Dunia: Cameroon pulang bermaruah selepas benam Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Cameroon, Empassy (kanan) menjadi benteng terbaik buat Cameroon ketika pasukan benua Afrika tersebut menewaskan Brazil dalam tempoh 20 tahun pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail semalam. – AFP

LUSAIL, Qatar – Cameroon menutup kempen Piala Dunia Qatar penuh gemilang selepas memperoleh kemenangan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun selepas berjaya menewaskan Brazil awal pagi semalam.

Malangnya kemenangan itu tidak mencukupi membawa skuad kendalian Rigobert Song melangkah ke pusingan 16 meskipun Cameroon menjadi negara Afrika pertama menewaskan Brazil 1-0 pada Piala Dunia.

Skuad Indomitable Lions itu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan secara automatik tersingkir.

Bagaimanapun, Song menyifatkan tersingkir daripada Piala Dunia adalah kenangan tidak boleh dilupakan terutama membawa pasukan muda di pentas berprestij tersebut di Qatar.

“Memang menyedihkan kami terpaksa pulang tetapi secara keseluruhan anda perlu lihat sisi baik selepas apa mereka pamerkan pada aksi malam ini.

“Kami perlu terus bekerja dan bergerak ke depan. Saya percaya kepada pemain saya. Kami mempunyai pasukan muda untuk dikembangkan,” kata Song.

Penjaga gol Cameroon, Devis Epassy yang menjadi pemain terbaik pada aksi itu mengakui kecewa meskipun meraih kemenangan ke atas Brazil.

“Kami boleh berbangga dengan apa yang kami lakukan malam ini kerana pemain telah menunjukkan bahawa Cameroon boleh menjadi pasukan pencabar di Piala Dunia.

“Malangnya, kami tidak layak ke pusingan seterusnya, sebab itu kami tidak terlalu gembira, tetapi bukan disebabkan pres­tasi pasukan malam ini,” tegas Epassy.

Pada perlawanan tersebut, Vincent Aboubakar telah diangkat wira selepas berjaya meledak gol buat Cameroon pada penghujung perlawanan sekali gus mencalarkan rekod Brazil selepas pasukan itu melakar dua kemenangan di peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN