fbpx

Malaysia terlepas podium Piala Negara-Negara FIH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi kuning) tewas 0-4 kepada Korea Selatan pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Negara-Negara FIH sebentar tadi. - FIH/WORLD SPORTS PIC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki kebangsaan terpaksa akur menamatkan saingan Piala Negara-Negara FIH di tempat keempat selepas tewas 0-4 kepada Korea Selatan sebentar tadi.

Kekalahan pada penentuan tempat ketiga dan keempat di University of North West di Potchefstroom, Afrika Selatan itu sekali gus meleburkan hasrat Malaysian Tigers untuk menaiki podium kejohanan tersebut.

Dalam aksi itu, skuad negara melepaskan empat gol kepada Korea Selatan menerusi Seo Inwoo pada minit ke-22, Lee Namyong (m-26), Hwang Taeli (m-39) dan Jang Jonghyun (m-59).

Lebih malang, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut skuad bimbingan Arul Selvaraj itu kepada Korea Selatan pada kejohanan kali ini selepas terdahulu tewas 0-1 sewaktu aksi pembukaan Kumpulan B.

Ia pastinya satu tamparan besar buat kem negara memandangkan Malaysian Tigers pernah menewaskan Korea Selatan 3-2 pada final Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak awal bulan lalu.

Bagaimanapun, barisan kejurulatihan negara masih mempunyai masa untuk mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik sebelum menghadapai Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India bermula 13 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI