fbpx

Bagusnya kandungan TikTok Rafidah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Rafidah Ibrahim tentang adab dan doa ketika membuka pakaian.

LAMA sungguh Diva tak dengar cerita tentang penyanyi dan pengacara berbakat besar, Rafidah Ibrahim.

Sebelum ini ada juga dengar dia aktif buat bisnes produk makanan.

Ketika ramai artis sedang bangun membina semula tapak, Rafidah pula tular dalam TikTok dengan menghasilkan video bermanfaat untuk semua.

Salah satu videonya yang tular ialah adab membuka pakaian disertakan dengan doa pendek.

Kandungan seperti itu yang harus diangkat dan diviralkan, bukannya menari dengan berpakaian seksi kemudian sedih dikecam.

Bukan Diva sahaja yang suka tetapi ramai puji dan berterima kasih kepada Rafidah atas perkongsian yang bagus.

Semoga Rafidah teruskan usaha murni tersebut.

DIVA: Tahniah kepada semua pemenang FFM32.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI