fbpx

[VIDEO] Kehadiran isteri lonjak semangat Safawi ke Piala AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi dan Syifa bergambar kenangan bersama ahli keluarga pada majlis persandingan di Dewan UITM Dungun hari ini.

DUNGUN – Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid semakin bersemangat untuk membantu skuad kebangsaan pada saingan Piala AFF tidak lama lagi setelah bergelar suami kepada pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin.

Beliau berkata, kehadiran Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, sebagai isterinya yang sah merupakan tonik terbaik untuk beliau membawa cabaran skuad kebangsaan memburu kejuaraan pada edisi Piala AFF kali ini.

“Terima kasih kepada peminat, sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir di majlis saya hari ini serta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kehadiran isteri di sisi sudah tentu memberi semangat baharu untuk saya membantu (skuad) Malaysia. Harap semua doakan kebahagian kami (suami isteri) serta kejayaan di Piala AFF nanti,” katanya.

Beliau bersama Syifa ditemui pada majlis persandingan sebelah keluarga lelaki yang berlangsung meriah di sini hari ini.

Turut hadir ahli keluarga Syifa termasuk pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta rakan artis seperti Uyaina Arshad.

Safawi, 25, memberitahu, beliau tidak bercuti lama sebaliknya akan melapor diri bersama kem latihan Harimau Malaya pada lusa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, kepercayaan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang memberi tanggungjawab kepadanya sebagai salah seorang kapten juga telah meningkatkan lagi motivasinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI