fbpx

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu hari ini.

BATU PAHAT – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor & Konvokesyen Ke-22 universiti berkenaan di Dewan Sultan Ibrahim, dekat sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, adinda baginda Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UTHM.

Manakala Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani pula dilantik sebagai Pro-Canselor UTHM yang baharu.

Sebelum ini, jawatan Canselor UTHM disandang oleh Sultan Johor, Sultan IbrahimSultan Iskandar sejak tahun 2002 hingga awal 2022.

Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, seramai 4,484 orang graduan layak menerima sijil masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah (128), sarjana (255), sarjana muda (3443) dan diploma (658) dari 3 hingga 8 Disember ini.

Katanya, istiadat berkenaan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal kepada Datuk Dr Mohd Sofi Osman, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM (2018-2021).

“Penganugerahan berkenaan adalah bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang akademik, pembangunan universiti dan penyelidikan serta modal insan.

“Manakala Profesor Datuk Dr. Wahid Razzaly, mantan Naib Canselor UTHM (2017-2022) pula menerima Anugerah Profesor Emeritus.

“Ianya bagi menghargai sumbangan beliau kepada universiti dan negara terutama dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata, turut menerima anugerah dalam istiadat berkenaan, penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Muhammad Faris Abdul Hadi, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

“Khoo Chun An, graduan Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi turut menerima anugerah berkenaan.

“Manakala graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Hajar Shahirah Che Ariffin dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina pula menerima Anugerah Sultan Ibrahim,” katanya.

Katanya, dengan berlangsungnya istiadat konvokesyen ini maka jumlah graduan UTHM sehingga tahun 2022 telah mencecah seramai 53,760 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI