fbpx

Ronaldo digelar pengecut selepas Portugal kalah kepada Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cristiano Ronaldo. - AFP

DOHA – Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo mengalami mimpi ngeri dalam tempoh 45 minit pada perlawanan terakhir kumpulan H Piala Dunia di Qatar yang berkesudahan dengan pasukannya, Portugal tewas kepada Korea Selatan 2-1, lapor portal berita Daily Star pada Jumaat.

Ini kerana dia digelar sebagai pengecut di media sosial, menurut portal berita tersebut.

Dalam perlawanan itu, bola daripada sepakan sudut terkena badan bintang Portugal itu dan kemudian melantun ke arah Kim Young-gwon yang berada di belakangnya. 

Ronaldo yang berusia 37 tahun kelihatan hairan kerana rakan-rakan sepasukannya gagal untuk menghalang bola itu yang kemudian jatuh kepada Young-gwon sekali gus menyebabkannya membuat tendangan dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-27.

Berikutan perasaan ragu-ragu terhadap kapten Portugal itu yang kemudian tersebar ke media sosial, seorang pengguna Twitter membuat ciapan di media sosial dengan menulis: “Ronaldo sangat pengecut, takut dengan bola.”

Pengguna kedua turut menulis: “Ronaldo membantu juga (mambantu Young gwon menjaringkan gol).” 

Dalam pada itu, pengguna ketiga turut bersetuju dengan menulis: “Ronaldo sebenarnya sudah selesai.”

Pengguna keempat kemudian membuat kesimpulan: “Ronaldo, apa yang anda cuba lakukan?”

Ronaldo berkata pernah menyatakan pada sidang akhbar kejohanan bola sepak Piala Dunia pertamanya sebelum ini: “Saya tidak perlu memikirkan apa yang orang lain fikirkan. Saya bercakap apabila saya mahu. Pemain mengenali saya dengan baik selama bertahun-tahun.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI