fbpx

Piala Dunia : Cameroon kejutkan Brazil 1-0 di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PenyerangCameroon, Vincent Aboubakar menjaringkan gol ketika membenam Brazil 1-0 di Stadium Lusail. -AFP

DOHA – Pasukan Cameroon menutup kempen mereka di pentas Piala Dunia dengan kejayaan manis apabila berjaya menewaskan juara lima kali, Brazil 1-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, sebentar tadi.

Meskipun Cameroon berjaya mencatat kemenangan ke atas Brazil, namun peluang mereka untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik telah tertutup selepas Switzerland bangkit mengatasi Serbia 3-2 dalam aksi Kumpulan G.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada skuad kendalian, Rigobert Song apabila berjaya memberikan persembahan terbaik dengan mengekang asakan bertubi-tubi Brazil sebelum memecah kebuntuan menerusi jaringan Vincent Aboubakar pada penghujung perlawanan.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan tersebut, Brazil yang telah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik tampil garang apabila hampir membuka jaringan menerusi pemain terbaiknya, Gabriel Martinelli, namun tandukan penyerang Arsenal pada minit ke-15 itu berjaya ditepis keluar penjaga gol Cameroon, Devis Epassy.

Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves mengambil sepakan percuma untuk mencari gol pembukaan ketika berdepan Cameroon di Stadium Lusail, Doha. -AFP

Pertahan kental yang dipamerkan Cameroon menyukarkan Brazil untuk menembusi benteng pertahanan pasukan itu hingga menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk mencari gol pembukaan pada separuh masa pertama perlawanan.

Cameroon hampir menjaringkan gol pada akhir babak pertama perlawanan, namun tandukan Bryan Mbeumo berjaya ditepis keluar Ederson sekali gus menyelamatkan pintu gol dari dibolosi.

Pada babak kedua, Brazil yang melakukan beberapa pertukaran memperoleh peluang keemasan namun dua kali percubaan tepat ke arah pintu gol menerusi Martinelli dan Eder Militao masih gagal menumbangkan Epassy.

Aboubakar diangkat wira buat pasukan Cameroon selepas berjaya mengatasi Brazil selepas tandukan derasnya berjaya mengatasi Ederson. Meskipun Brazil cuba bangkit, namun sayang gagal  mereka mencari gol penyamaan.

Meskipun tewas, Brazil tetap muncul selaku juara peringat Kumpulan G dan akan berdepan Korea Selatan pada 6 Disember ini nanti. -KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI