fbpx

KWSP ucap tahniah, netizen mahu pengeluaran bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dikongsi KWSP di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Menteri Kewangan yang baharu.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, agensi itu turut berharap agar Anwar yang juga Perdana Menteri ke-10 dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Menteri Kewangan.

“Selamat menjalankan tugas dan semoga amanah yang dikurniakan ini dapat digalas dengan sebaiknya,” tulis KWSP di laman Facebooknya.

Ucapan tersebut sekali gus menarik perhatian netizen apabila ramai memberi komen berharap agar Perdana Menteri dapat mempertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar selepas ini.

Kebanyakan mereka turut meninggalkan tanda pagar #kwspbersasar pada ruangan komen hantaran tersebut.

“Tahniah la ya, Boleh dah tu lulus kan #kwspbersasar . Mohon luluskan dengan segera,” tulis Nur Natasha.

“#kwspbersasar . Mohon luluskan dgn segera,” kata PuanAinon Abu Bakar.

Pada masa sama, pengguna juga mahu dividen KWSP pada tahun ini lebih tinggi dengan pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang baharu.

“Dividen naikkan sikit datuk, 10 peratus,” tulis Bang Rajan.

“Sempena Perdana Menteri dan Menteri Kewangan baharu, dividen kenalah ‘up’ (naik) lebih sikit Datuk Seri,” kata Azamli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI