fbpx

Tiada Menteri dari Perlis, Kelantan, dan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Ia susulan hampir kesemua kerusi Parlimen di negeri-negeri tersebut dimenangi oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen di tiga negeri iaitu Johor, Selangor dan Perak dilihat lebih mendominasi Kabinet Kerajaan Perpaduan berbanding negeri lain.

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan seramai 28 Menteri dilantik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI