fbpx

Tengku Zafrul, Saifudin antara empat menteri lantikan senator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (kanan).

PETALING JAYA – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), antara empat menteri lantikan senator dalam pengumuman kabinet baharu.

Selain mereka, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar) dan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama) turut menjadi menteri atas lantikan senator.

Hal ini berikutan dalam kalangan mereka kalah ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) manakala Mohd Na’im sebelum ini adalah Ketua Hakim Syarie.

Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI