fbpx
. Risa Hirako - Foto Instagram/Risa Hirako

Model kelihatan terlalu muda walaupun berumur 51 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang model, Risa Hirako yang merupakan seorang pesohor media sosial mengejutkan peminat  kerana umur sebenarnya ialah 51 tahun walaupun dia kelihatan seperti berusia hanya  25 tahun, lapor akhbar New York Post semalam.

Ramai pengikut Risa  tidak percaya dia  berumur lebih daripada 25 tahun berkat penampilannya yang kelihatan muda.

Model tersebut  dibanjiri dengan permintaan supaya dia mendedahkan rutin penjagaan kulitnya tetapi Risa berkata, penampilannya itu bergantung kepada cara dia menjalani gaya hidup  yang sihat.

Dia juga sering menyentuh tentang faedah makan makanan organik yang sihat, mengekalkan kulit supaya terhidrat dan keluar dari rumah untuk menikmati alam semula jadi secara konsisten.

“Cuba makan makanan organik dan gunakan produk organik sebanyak mungkin. Pastikan kulit anda lembap dan terhidrat selama 24 jam” tulisnya di Instagram.

Setiap kali dia keluar, Risa sentiasa dilihat memakai topi dan pakaian pelindung untuk melindungi dirinya daripada cahaya matahari.

Ramai pengikutnya juga mengatakan bahawa pilihan fesyennya yang bergaya dan gaya rambut serta solekannya  membantu memastikan dia kelihatan muda.

Menyiarkan hidangan berbeza di Instagram, Risa dilihat memakan makanan yang sihat dan seimbang seperti avokado, roti bakar dan meminum teh hijau dengan banyak. – Agensi

POPULAR