fbpx

Penduduk Kupang diuji lagi, 50 rumah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah penduduk yang terletak di tepi Sungai Kupang, Baling dilanda banjir kilat pada petang tadi.

BALING – Penduduk Kampung Iboi dan kawasan sekitar di Kupang di sini diuji lagi apabila kira-kira 50 buah rumah di situ dilanda banjir pada pukul 6 petang tadi.

Kawasan rumah terletak di tepi sungai itu dimasuki air selepas air Sungai Kupang melimpah.

Penduduk Kampung Bukit Iboi, Azhar Md. Isa, 36, berkata, air sungai mengalir deras dan melimpah selepas hujan lebat selama dua jam.

“Kami sudah bersiap sedia apabila mendapati hujan lebat dalam tempoh lama diikuti air sungai mengalir deras.

“Saya sekeluarga terus angkat barang elektrik dan perabot ke tempat lebih tinggi. Nasib baik air hanya masuk sedikit ke dalam rumah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia bimbang juga apabila melihat air sungai yang deras turut membawa batang pokok yang kemudian tersangkut pada dua buah jambatan.

“Penduduk kampung terpaksa bertindak pantas membuang sisa kayu itu bagi melancarkan aliran air sungai,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM), Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz, berkata, kira-kira 50 buah rumah penduduk di tujuh buah kampung dilanda banjir kilat.

“Antara kampug terlibat ialah Kampung Bok Bak, Kampung Bukit Iboi, Kampung Padang Empang, Kampung Dusun, Kampung Charuk Kapas, Kampung Hangus dan Kampung Pak Bong.

“Tiada pusat pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana hujan telah berhenti dan air sungai mulai surut, namun kami masih dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI