fbpx

MSAM 2022: Rezeki ibu hamil menang Perodua Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afzatul Marwa (kanan) bersama suami, Muhamad Saddam dan ibu bapanya selepas menang kereta Perodua Alza pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson, hari ini. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Seorang wanita hamil lapan bulan tidak menyangka menang hadiah utama ketiga yang merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) di sini.

Bagi wanita itu, Afzatul Marwa Ahmad, 27, berkata, dia yang merupakan suri rumah tidak pernah meletakkan harapan untuk menang hadiah utama.

“Saya dimaklumkan untuk datang ke majlis ini pun sebab menang hadiah biasa dan bukan hadiah utama.

“Saya sebelum ini tidak pernah menang apa-apa pun walaupun cabutan bertuah. Jadi saya rasa mustahil untuk saya menang hadiah utama.

“Kemenangan ini mungkin rezeki sebab mengandung anak pertama ini,” katanya yang masih terkejut ketika ditemui di Majlis Penutup MSAM 2022 di sini malam ini.

Tambahnya, dia datang ke MSAM pada hari Isnin lalu bersama suami, Muhamad Saddam Rafsan Ramli, 31 dan keluarga.

“Saya tahu pertandingan itu ada hadiah kereta, cara untuk sertai pun mudah secara atas talian jadi saya rasa tidak salah mencuba,” tambahnya yang menetap di Sendayan, Seremban.

Jelas Afzatul Marwa, dia bercadang untuk memberi kereta itu kepada bapanya Ahmad Ismail, 64.

MSAM yang berlangsung di sini pada kali ini menawarkan hadiah tiga kereta Hyundai Kona Electric Lite bernilai lebih RM156,000, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric bernilai hampir RM140,000 dan Perodua Alza 1.5 AV berharga RM75,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI