fbpx

Berkerusi roda, Neelofa hamil lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa berkerusi roda didakwa hamil anak kedua

PETALING JAYA – Gara-gara muncul berkerusi roda, selebriti berniqab Neelofa didakwa sedang hamil anak kedua.

Spekulasi tersebut dicetuskan segelintir netizen sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam media sosial, khususnya TikTok.

Dalam video viral tersebut, Neelofa yang memakai persalinan warna coklat muda disorong oleh suaminya, Haris Ismail ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan.

Disebabkan muncul berkerusi roda, netizen mula berteka-teki, pengacara Next To Neelofa itu tidak mampu untuk berjalan dalam jarak yang jauh kerana sedang berbadan dua.

“Mengandung lagi ke Neelofa? Kalau ya, tahniah,” komen netizen.

“Alhamdulillah Bilal bakal dapat adik,” dakwa seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihatkan agar orang ramai tidak terburu-buru membuat spekulasi tidak benar hanya kerana Neelofa berkerusi roda.

“Selalunya ada saja perempuan yang tidak larat nak jalan jauh, jadi tidak pelik pun Neelofa naik kerusi roda,” kata netizen.

Mengimbas semula, Neelofa sebelum ini merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.

Neelofa yang menamatkan zaman bujang dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI