fbpx

Alihkan segera longgokan tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Abdul Rahman meninjau lokasi longgokan tiang elektrik konkrit yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak di Kampung Belukar, Changlun.

CHANGLUN – Sejumlah tiang elektrik yang dilonggokkan di tepi jalan di Kampung Belukar di sini perlu dialihkan segera bagi mengelakkan kejadian meragut nyawa seorang kanak-kanak pada Selasa lalu berulang lagi.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, hasil tinjauan mendapati kawasan longgokan tiang itu kini hanya ditandakan dan ditutup dengan tali pita yang mudah dipotong.

“Saya risau jika dibenarkan lama akan terus membahayakan penduduk kerana tiang elektrik ini ditindan dan dihadang dengan kayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan tersebut selain menziarahi keluarga mangsa terlibat.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, maut akibat kecederaan parah setelah dihempap tiang elektrik konkrit dipercayai seberat 800 kilogram ketika bermain di kawasan berkenaan.

Rakannya, Wan Aliff Danish Wan Mohamad Naim, 11, mengalami kecederaan parah pada badan serta masih berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini.

Seorang lagi mangsa,  Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, cedera pada bahagian badan dan menerima rawatan di wad biasa HSB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI