fbpx

Wanita simpan wang 12 tahun untuk saudara lelakinya berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita sanggup simpan wang untuk digunakan oleh saudara kandung lelakinya berkahwin di wilayah Anhui, China baru-baru ini. - Foto Oddity Central

BEIJING – Seorang wanita di China baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas mendakwa dia menghabiskan masa selama 12 tahun terakhir dalam kehidupannya dengan mengumpulkan wang untuk memastikan saudara lelaki kandungnya berkahwin dengan seorang wanita, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Wanita berusia 33 tahun dari wilayah Anhui,  timur China itu dilaporkan mendedikasikan 12 tahun terakhir hidupnya untuk memastikan saudara kandungnya itu mempunyai kekayaan mencukupi untuk mendapatkan isteri.

Wanita bujang yang tidak dinamakan itu memberitahu video Miaowen bahawa dia telah mengusahakan sebuah restoran kecil dalam pembuatan penkek Cina dengan perolehan bulanan sebanyak 100,000 yuan (RM62,372).

Bagaimanapun, daripada menggunakan keuntungan untuk dirinya sendiri sejak 12 tahun yang lalu, dia telah melabur dengan membeli sebuah rumah seluas 129 meter persegi dan sebuah kereta baharu untuk saudara kandung lelakinya dan dia juga telah menghadiahkan restoran tersebut kepadanya.

Menurutnya, sejak empat tahun lalu, dia sangat kedekut walaupun ketika membeli pakaian baharu untuk dirinya sendiri.

Wanita itu berkata, dia masih belum mendapatkan rumah dan mengulangi bahawa saudara lelakinya adalah keutamaan dalam  dirinya.

Namun, ceritanya mencetuskan perdebatan hangat di media sosial Cina dengan sebahagian besar netizen menyatakan rasa kasihan terhadapnya tetapi ada yang menuduhnya menunjukkan contoh yang tidak baik.

“Abang dia tidak boleh kerja atau macam mana? Ini tidak adil padanya!” menurut seorang individu yang mengulas tentang cerita wanita berkenaan. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI