fbpx

Sudah tiba masa ATM peroleh kapal logistik MRSS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZID (tiga dari kanan) diiringi Mohd. Amin (dua dari kiri) melihat trak dan ambulan yang dibawa KD Mahawangsa sebelum mereka berlepas ke Lebanon di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

LUMUT – Perolehan Kapal Sokongan Pelbagai Peranan (MRSS) kini menjadi satu keperluan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dalam aspek mengatur gerak anggota dan kelengkapan ketenteraan dengan lebih efektif.

Ia lebih diharapkan sekarang memandangkan ATM ketika ini hanya bergantung kepada Kapal Bantuan Arahan Pelbagai Peranan (MPCSS) iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa dan KD Seri Indera Sakti yang sudah berusia lebih 39 tahun untuk pelbagai penugasan logistik.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad berkata, keadaan yang ideal ialah masing-masing dua MRSS ditempatkan di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, adalah lebih afdal dan efektif sekiranya pihak pengurusan (negara) dan Kementerian Pertahanan dapat mengambil pertimbangan untuk memperolehi MRSS.

“Ia juga selaras dengan aspirasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Wawasan 2025 untuk memperkasa aset pasukan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelepasan tali KD Mahawangsa bagi ulang bekal Misi Pengaman Malaysia ke Lubnan (Malbatt) 850-10 di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Menurut beliau, selain keperluan pertahanan negara, perolehan MRSS juga boleh dijadikan ekspedisi penghantaran aset dan kelengkapan ketenteraan bagi pelbagai misi lain di luar negara jika keadaan mengizinkan.

Sentimen sama turut dikongsi Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten TLDM Mohd. Amin Mat Tahir apabila memaklumkan perancangan untuk memperoleh MRSS sudah ada tetapi sehingga kini belum diperolehi dan berharap ia disegerakan.

Menurutnya, keperluan kapal logistik seperti MRSS sangat penting dan ada keperluan terutamanya dalam bantuan dan sokongan terhadap Malbatt serta untuk penugasan dalam mempertahankan keselamatan negara.

Beliau memberi contoh, penugasan kapal MPCSS sedia ada antaranya ialah penghantaran anggota tentera serta kelengkapan ketenteraan ketika Ops Daulat, misi kemanusiaan di Aceh, Sumatera, Indonesia selepas kejadian tsunami serta misi sama di Timor Leste. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI