fbpx

Sean Lee bangun pagi, solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEAN Lee memiliki ramai peminat dalam kalangan bangsa Melayu.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara berbangsa Cina, Sean Lee membuatkan peminat terkesima apabila mendedahkan dirinya bangun awal pagi demi menunaikan solat Subuh.

Biarpun bukan beragama Islam, menerusi satu perkongsian dalam InstaStory, Sean atau nama sebenarnya, Sean Lee Jia Ern, 28, memaklumkan dia seorang yang ‘morning person’ (bangun awal pagi).

“Baru balik kerja, esok kena bangun awal pagi lagi,” coretnya.

Apa yang mencuri perhatian terutama para peminat Melayu apabila dia berseloroh menunaikan solat Subuh sebelum menjalani kehidupan seharian yang sibuk sebagai seorang anak seni.

“Satu pagi, sampai rumah. Tiga pagi, tidur lena. 5.52 pagi, solat subuh (tiber), tujuh pagi, mula kerja,” tulisnya.

PERKONGSIAN Sean Lee yang memaklumkan dia bangun pagi seawal 5.52 pagi untuk solat Subuh.

Sean merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara dan pelakon lelaki yang sinonim dengan aksi komedi di Malaysia.

Pelakon itu mula dikenali ramai apabila membawa watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada tahun 2015.

Selepas itu, kariernya dalam dunia lakonan semakin berkembang apabila kerap dilamar membintangi drama Melayu popular antaranya Sweet Dreams, 7 Hari Mencintaiku 2 dan 7 Hari Mencintaiku 3.

Sebelum menyertai bidang seni, Sean aktif sebagai pencipta isi kandungan untuk YouTube sejak 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI