fbpx
Tangkap layar yang memaparkan pendedahan penipuan servis jurugambar berkenaan.

Pengantin wanita kecewa ditipu jurugambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pengantin wanita meluahkan rasa terkilan apabila masih belum menerima sebarang gambar dan video akad nikah daripada seorang jurugambar yang didakwa telah menipunya sejak beberapa bulan lepas.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter miliknya, @shvnim atau Hanim, dia berkata, jurugambar berkenaan kerap menunda-nunda tarikh daripada suatu tarikh ke tarikh yang lain, namun hasil masih juga tidak kelihatan.

“Kepada bakal pengantin, silalah membuat pilihan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari kerana sesungguhnya saya sangat menyesal memilih jurugambar seperti ini yang sudah hampir tiga bulan tetapi masih belum mendapat hasilnya,” pesannya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Susulan itu, seorang pengguna media sosial berkenaan yang bernama Zane berkata,
jurugambar yang dikenali dengan nama Iskandar Sharizal itu pernah memiliki kes yang sama sebelum ini.

“Hanya cari nombor telefonnya menerusi enjin carian google, maka akan jumpa kes sama
sebelumnya,” katanya yang berkongsi satu gambar tangkap layar hantaran seorang mangsa yang juga pernah ditipu.

Dalam pada itu, hantaran tersebut berjaya meraih pelbagai reaksi daripada para netizen di Twitter.

“Sangatlah menyakitkan jika tersalah memilih jurugambar. Bayaran mahal tetapi servis teruk dan itu belum termasuk kualiti gambar yang ditangkap. Indah khabar daripada rupa,” ciap
seorang pengguna.

“Kita mengalami situasi yang sama. Pelbagai alasan yang diterima dan bayaran juga dibayar penuh tetapi hasilnya tiada. Pada akhirnya, saya meminta bayaran dikembalikan,” ciap
netizen lain pula.

Sehubungan itu, dia sempat memberikan saranan untuk mencari jurugambar yang selalu mengemaskini hantaran di Instagramnya atau yang benar-benar dikenali ramai.

“Tidak mengapa jika perlu membayar lebih kerana majlis perkhawinan adalah sekali seumur hidup,” ciapnya.

Hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 2,758 ciapan semula dan 2,050 tanda suka setakat
ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR