fbpx
ANTARA ibu bapa dan anak kecil yang melepak di tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bantuan makanan.

Ibu leka rebut makanan, anak hampir dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sangat mengejutkan apabila gelanda­ngan yang ‘melepak’ di tepi-tepi jalan di sekitar ibu negara sebenarnya bukan daripada golongan susah mahupun fakir miskin.

Hasil risikan Kosmo!, kumpulan tersebut adalah mereka yang mempunyai sikap ‘muka tebal’ dan mahu mengambil ke­sempatan untuk mendapatkan makanan serta bantuan secara percuma.

Kebanyakan daripada mereka ini sanggup membentang tikar di tepi jalan seawal pukul 6 petang dan hanya membiarkan anak-anak kecil mereka bermain tanpa pengawasan.

Golongan ini dipercayai mempunyai tempat tinggal dan pasangan yang bekerja, namun memilih gaya hidup malam umpama gelandangan ekoran sikap pemurah rakyat Malaysia.

Tidak hanya merosakkan pandangan, tindakan tidak bertanggungjawab keluarga ini turut dikritik kerana sanggup meri­sikokan keselamatan anak yang dibiarkan bermain di jalanan.

Ketika tinjauan dibuat, wartawan Kosmo! turut menyaksikan sendiri anak-anak kecil ini yang hampir dilanggar kenderaan, namun respon diberikan oleh ibu bapa mereka adalah ‘tidak mengapa, sudah biasa’.

Sikap acuh tidak acuh ini amat dirisaukan kerana telah menjadi ‘tanda aras’ kepada tahap ke­seriusan masalah tersebut.

Ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan tindakan undang-undang jika terlibat dalam sebarang perbuatan yang berisiko menyebabkan anak-anak hilang, kemalangan atau hilang nyawa.

Lebih parah, komuniti tersebut dipercayai semakin ‘meriah’ dan bertambah pada hari-hari tertentu, terutamanya di kawasan tumpuan pengagihan makanan dan bantuan lain.

Sampai bilakah fenomena tidak sihat ini akan berlanjutan? Apa yang dibimbangi ialah jika ‘populasi’ mereka ini semakin bertambah, ia akan memberi kesan negatif kepada negara.

Cantas dan cegah, itu pendekatan yang disarankan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN