fbpx
Hyun Bin dan Ye-jin kini bergelar ibu bapa saat anak sulungnya dilahirkan pada 27 November lalu.

Hyun Bin, Ye-jin timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASANGAN paling popular Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye-jin sekali menggoncang perhatian peminat dengan berita kelahiran anak sulung mereka pada 27 November lalu.

Ye-jin selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Kedua-dua, ibu dan anak difahamkan berada dalam keadaan sihat walaupun Ye-jin sebenarnya dijangka bersalin pada Disember.

“Son Ye-jin telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ibu dan anak kini baik-baik sahaja.

“Pelakon Thirty-Nine itu mengumumkan sebelum ini dia akan melahirkan pada Disember kelak, namun dia selamat menimang seorang cahaya mata pada 27 November,” ujar agensi.

Ketika melahirkan, Hyun Bin tidak bersama Ye-jin kerana sedang menjalani penggambaran di Mongolia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI